UMNO mengenakan dua syarat kepada Datuk Dr Akmal Saleh sebelum Konvensyen Pemuda pada 3 Januari, yang tidak langsung dihormatinya, kata seorang pemimpin parti.
Pemimpin senior yang enggan namanya disebut, berkata salah satu daripadanya ialah isu keluar dari kerajaan Perpaduan dan tidak menyebut kerjasama dengan Pas. Beliau juga dinasihatkan agar tidak mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber itu berkata inilah syarat yang diberikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membolehkan konvensyen itu diadakan.
“Tiga perkara itu tidak langsung disebut sebagai agenda konvensyen.
“Datuk Zahid tidak langsung menyokong idea yang disebut pada konvensyen itu,” kata sambil menambah presiden parti tidak pernah memberi arahan agar ianya disebut.
Dalam ucapannya, Akmal mendakwa konvensyen itu mendapat izin Zahid dan berkata presiden berjanji akan menyokong usul keluar dari Kerajaan Madani.
