AHLI Majlis Kerta Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa terdapat segelintir pemimpin DAP mencari jalan supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Madani.
Dakwa beliau, pemimpin DAP berkenaan beranggapan keberadaan UMNO di dalam Kabinet menyusahkan dan menjadi penghalang agenda besar untuk menjadikan Malaysia negara liberal.
Disebabkan itu, katanya, pemimpin DAP berkenaan membuat provokasi sensitif supaya ahli UMNO melatah dan mendesak parti menarik diri (pull the plug) daripada Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, pemimpin DAP berkenaan juga mahukan UMNO sendiri yang membuat keputusan keluar daripada Kerajaan Madani, justeru DAP tidak dilihat sebagai jahat.
Malah, ujar beliau, pemimpin DAP berkenaan juga tidak bimbang kerana kerajaan hari ini tidak akan tumbang sekiranya UMNO keluar daripada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
“Sebab itu jangan harap Yeo Bee Yin dan Tony Pua akan minta maaf,” katanya.
