Hishammuddin turut kemuka surat rayuan

AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam turut mengemukakan surat permohonan bagi kembali menyertai UMNO.

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, yang menyifatkan perkembangan itu sebagai khabar ‘syahdu’ dan ‘menggembirakan’ pada penghujung Ramadan ini.

“Selain Khairy Jamaluddin, terdapat juga beberapa pemimpin lain yang pernah menyumbang jasa telah mengemukakan permohonan untuk kembali bersama memperkukuh wadah perjuangan Rumah Bangsa ini, termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.snin

Pada tahun 2023, UMNO menggantung keahlian Hishammuddin selama enam tahun.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berkongsi pertemuannya dengan Khairy pada Ahad, di mana bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyerahkan surat rayuan bagi kembali menyertai parti tersebut.

Beberapa hari lalu, Hishammuddin dalam satu video yang dimuat naik di media sosialnya berkata, beliau merasa terharu dan menzahirkan penghargaan atas keputusan pucuk pimpinan untuk menarik balik penggantungan dari UMNO.