MCA sahkan komitmen penuh dengan BN

PRESIDEN MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini mengesahkan komitmen penuh partinya dengan Barisan Nasiona (BN) sebagai komponen teras pakatan itu.

“Bagi MCA, kami adalah salah satu pengasas BN.

“Sebab itulah kami di sini hari ini,” katanya kepada pemberita selepas ucapan dasar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di PAU, hari ini.

Terdahulu, Zahid mengajak semua parti komponen BN agar kembali memperkukuhkannya walaupun ada isu titik-bengik sebelum ini.

MCA sebelum itu pernah menyatakan kesediaannya untuk menilai semula kedudukannya dalam BN berikutan kerjasama BN dengan Pakatan Harapan yang mengandungi parti DAP pada pilihanraya umum ke-16 nanti.

Mengulas kenyataan Zahid, Wee berkata usaha pengukuhan BN mestilah dilihat sebagai pendekatan menarik semula sokongan dan keyakinan pengundi.

Katanya bagi MCA, ia perlu menarik semula kepercayaan rakyat menjelang PRU16.