DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan keberadaan parti dalam Kerajaan Perpaduan tetapi berkata kesabaran Umno dalam menangani pelbagai karenah di dalamnya ada had.
Dalam ucapan dasarnya di PAU 2025, beliau berkata mewujudkan kerjasama sejak sebelum Merdeka hingga kini, hubungan itu bukan sahaja berasaskan persefahaman kepada saling menghormati antara satu sama lain malah penipuan dan pengkhianatan.
“Umnolah yang selalu kena berpegang pada prinsip kesetiaan dan kejujuran.
“Jangan anggap Umno sebagai parti daun kari yang mudah dihumban ke dalam masakan tetapi diketepikan apabila masakan sudah sempurna.
“Ingatlah bahawa Umno ialah tunjang kepada kestabilan negara ini,” katanya disambut tepukan gemuruh Dewan Merdeka WTC.
Zahid berkata Umno tidak pernah meminta layanan istimewa tetapi ia perlu dilayan sebagai pelengkap sesebuah kerajaan.
