“SAYA tak kenal dialah!”
Begitulah jawatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya mengenai Isham Jalil.
“Tak kenal, tak pernah tahu dia pun,” katanya di Bagan Datuk kelmarin.
Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditanya reaksi beliau terhadap kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan ketua penerangan itu yang menolak menyertai parti semula.
Isham turut menuntut Ahmad Zahid memohon maaf kepada mereka yang dikenakan tindakan.
