Terserahlah kepada MIC, kata Ahmad Zahid

BARISAN Nasional (BN) berharap kerjasama antara parti teras dalam gabungan itu dapat diperkukuhkan, namun tetap menghormati apa juga keputusan yang akan dibuat oleh MIC berhubung kedudukan politiknya.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata di Bagan Datuk, semalam, setiap parti gabungan khususnya parti teras iaitu UMNO, MCA dan MIC perlu menghormati antara satu sama lain.

“Kami dalam Barisan Nasional berpendirian bahawa setiap parti gabungan, khususnya parti teras, kita menghormati antara satu sama lain.

“Begitupun, masing-masing ada hak untuk membuat sebarang keputusan

“Terserahlah kepada MIC,” katanya ketika ditanya mengenai berita permohonan MIC untuk menjadi parti komponen Perikatan Nasional.

Beliau enggan mengulas lanjut.