Umno jemput komponen BN hadiri PAU

UMNO menjemput semua parti komponen Barisan Nasional ke Perhimpunan Agungnya minggu ini.

Antaranya ialah presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, timbalannya Datuk Dr Mah Hang Soon dan setiausaha agung Datuk Chong Sin Woon.

Ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur minggu lalu, Wee berkata “Jumpa di sana minggu depan”.

Perhimpunan Agung Umno (PAU) akan berlangsung di Putra Trade Centre (WTC) pada 14-17 Januari.

Perkara ini disebut di tengah-tengah keributan hubungan MCA dan sekutunya Umno.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru ini berkata kehadiran wakil DAP di sidang Dewan Undangan Negeri memudahkan urusan pentadbiran menjadi lebih mudah berbanding ketika MCA menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.

Chong membidas kenyataan itu dan berkata perbandingan seperti itu bertujuan memburuk-burukkan MCA.

MIC turut ditemput ke PAU tetapi setakat ini belum ada pemimpinnya membuat sebarang kenyataan.