2020 sekian lama di nanti, bukan kerana Malaysia di janjikan menjadi negara maju tetapi ianya tahun yg di janjikan Malaysia mendapat PM ke 8.
Siapakah PM8? kita tidak pasti.
PM bukan hak mutlak sesiapa. 222 orang MP adalah calun PM. Seorang bakal di lantik YDPA,orang yg pada hemat Baginda mendapat sokongan sekurang kurang nya 112 MP(Majority). MP Lengkawi dan PD adalah antaranya. Tapi yg lain juga layak
2020 adalah tahun di mana ekonomi negara di bawah kerajaan PH semakin parah. Ekonomi dunia tidak menentu. Amatlah mustahak PM hendaklah orang yg di yakini ada kepakaran ekonomi.
2020 juga di ramal berlaku pergolakan politik. PM mestilah seorang yg masak,arif dan berwibawa. Bersih. Di segani. Di terima Rakyat dan Raja.
2020 di jangka menyaksikan ketegangan kaum. PM mestilah seorang demokrat yg di senangi ORANG MELAYU DAN ISLAM,serta di terima baik oleh semua kaum.
2020, rakyat mahu yg lebih ideal. Rekod bersih, tiada jenayah, tiada rasuah, tiada penyelewengan kuasa.
2020 tahun kemajuan. Negara perlukan daya dinamik, bukan rhetorics.
Manusia merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan.
Semuanya 50:50 bagi yg mengidamkan jawatan.Tidak mustahil,lain yg di nanti lain pula yang gugur.
Wallahuaklam
Tan Sri Annuar Musa
SU Agong Umno