Pada 1hb Oktober, Ibu Pejabat UMNO telah menerima satu jemputan dari pihak Penganjur “KONGRES MARUAH MELAYU” yang ditujukan kepada YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Majlis dijadualkan pada pukul 8 pagi 6 Oktober di Stadium Melawati Shah Alam Selangor.
YB Presiden UMNO, telah membawa perkara tersebut ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO pada 2hb Oktober dan Jawatankuasa Biro Politik pada 3hb Oktober, dan seterusnya, ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini, 3hb Oktober 2019.
Adalah diputuskan bahawa UMNO bersetuju menghantar satu rombongan yang akan diketuai oleh YB Setiausaha Agung UMNO.
Persetujuan menghadiri majlis ini, adalah atas dasar menghormati pihak pengajur, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang difahamkan mengambil initiatif membincangkan isu-isu berkaitan orang melayu.
Sebagai sebuah parti terbesar orang melayu, dan sebagai pelopor bersama Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS, UMNO berlapang dada dan mengambil sikap terbuka untuk hadir dan mengikuti perkembangan dan perbincangan yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan Negara yang menjadi sebahagian dari teras utama dalam perjuangan UMNO itu sendiri.
TAN SRI ANNUAR BIN HAJI MUSA
Setiausaha Agung UMNO
3 Oktober 2019
[gview file=”https://umno.org.my/wp-content/uploads/2019/10/KONGRES-MARUAH-MELAYU.pdf”]