Terkejut dan marah, itulah perasaan rakyat Malaysia bila dapat berita dua pertuduhan terhadap P. Gunasekaran ADUN Dap Seremban Jaya dibatalkan begitu sahaja.
Perasaan sama turut dizahirkan rakan-rakan dalam PDRM sendiri yang amat kecewa dengan tindakan pihak pendakwa raya untuk tidak meneruskan pendakwaan kes yang melibatkan Kumpulan Pengganas LTTE itu.
Persoalan demi persoalan dibangkitkan, adakah kerana Peguam Negara yang dilihat rapat dengan Dap jadi faktor pembatalan tersebut?
Kita imbas kembali berita kes pada 26 April 2017 Siti Noor Aishah seorang Siswazah Wanita Melayu dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun selepas didapati bersalah memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas pada Mac tahun sama.
Tiada perbezaan tuduhan antara mereka berdua, yang mana ADUN Dap tersebut didakwa menyokong menyokong LTTE dan memiliki serta mempamerkan barang berkaitan dengan kumpulan pengganas itu.
Malang bagi Siti Noor Aishah adalah kerana dia hanyalah rakyat biasa dan bukan pemimpin Dap, jadi merekoklah dalam penjara selama 5 tahun.
Terbukti kerajaan PH hari ini menggadai prinsip ‘Rule of Law’ dan kedaulatan undang-undang apabila mengamalkan pendakwaan terpilih, dakwa musuh dan rakyat biasa, bebaskan rakan poliitk mereka.
Rakyat gusar dan rasa tidak selamat apabila kerajaan tidak telus, tidak adil dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap kes-kes yang melibatkan keselamatan negara.
Adakah ini kerajaan yang mahu dipertahankan lagi?
#AntaraDuaDarjat
#KerajaanSepenggal
#VoiceOfPuteri
Datuk Zahida Zarik Khan
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia