Akta Mana SPR Tetapkan Kempen Rumah Ke Rumah Perlu Permit?

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menggesa agar semua parti dan calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai perlu mendapat permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kempen yang dibuat dari rumah ke rumah.

Saya pun tak pasti di bawah akta mana peraturan yang baru ini dikeluarkan. Kalau kempen atas kenderaan, kenderaan itu kena berhenti tidak boleh berkempen sewaktu kenderaan bergerak. Dulu tidak ada seperti ini.

Begitu juga kempen rumah ke rumah, kalau dulu tidak ada permit, ceramah sahaja yang perlukan permit.

Azhar hari ini dalam satu kenyataan berkata, program tinjauan mesra (walkabout) pula turut dianggap sebagai kempen bergerak, perlu mempunyai tempoh masa dan lokasi yang jelas bagi tujuan pemantauan.

Sekarang ini tambahan lagi peraturan baru. Saya pun tak faham dengan SPR ini. Dari segi mana? Sepatutnya mereka adalah badan berkecuali dan bukan badan yang dikuasai oleh kerajaan.

Gesaan ini dilihat untuk menyukarkan kempen pembangkang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Apa yang nak dilakukan SPR mestilah berdasarkan undang-undang dan akta. Jadi saya tidak faham kenapa perkara seperti ini timbul di PRK Tanjung Piai.

Adakah kerana pihak PH nampak mereka mempunyai jalan yang sukar untuk menang? Jadi akhirnya SPR membantu mereka untuk menyusahkan parti-parti pembangkang seperti BN dan sebagainya.

#bubarparlimen

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO

12 November 2019


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.