KENYATAAN MEDIA
YB DATO DR NORAINI AHMAD
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
MERANGKAP AHLI PARLIMEN PARIT SULONG
1. Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mempersoalkan apakah keperluan dan relevannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan arahan baru agar kempen rumah ke rumah perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
2. Ini adalah pilihan raya dan tidak sepatutnya SPR tiba-tiba mengeluarkan arahan baru seakan cuba menyekat kebebasan berkempen.
3. Tindak tanduk SPR ini amat mendukacitakan. Sepatutnya bukan hal remeh ini yang diketengahkan oleh SPR kerana ada isu pelanggaran akta pilihan raya yang lebih penting untuk SPR jawab seperti isu memberi wang.
4. Adakah kerana melihat momentum pilihan raya Tanjung Piai cenderung kepada kemenangan Barisan Nasional maka SPR ‘terpaksa dan ‘dipaksa’ untuk melakukan sesuatu bagi mengekang situasi ini.
5. Justeru, Wanita UMNO berharap agar SPR bersikap telus dan belajar apa maksud BERKECUALI.
13 NOVEMBER 2019