Tender Terbuka: Satu Lagi Janji Manifesto Ditipu

Nampaknya satu lagi janji Manifesto PH dicabuli apabila dalam Sidang Media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam, Perdana Menteri Ke-7 tanpa segan silu mengesahkan bahawa PH boleh memilih untuk mengamalkan perolehan atau pemberian tender secara tender terbuka ataupun rundingan terus.

Ingin diingatkan bahawa dalam manifesto Buku Harapan, PH dalam Janji yang ke-23 menyatakan kononnya “Kami akan memastikan sistem tender terbuka digunakan secara meluas dan telus, terutamanya untuk projek-projek besar”

Dahulu sewaktu menjadi Pembangkang diratibkan bahawa amalan tender terbuka lah yang terbaik dan tidak menyeleweng. Hari ini sudah berkuasa semuanya dilupakan. Apa lagi alasan nak diberikan? Janji untuk amalkan tender terbuka ini hakikatnya tidak ada implikasi kewangan! Atau masih nak bersandiwara untuk menggunakan alasan tak dapat laksana janji ini kerana HUTANG NEGARA RM1 trilion juga?

#ApaLagiMauTipu
#KerajaanSepenggal

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.