PH Mesti Tegas, Hormatilah Jalur Gemilang

Walauapa pendirian atau fahaman politik kita, bendera negara wajib kita sanjung dan dihormati bersama. Malaysia negara milik bersama, maruahnya mesti dijaga bersama.

Justeru itu, atas apa juga alasan yang diberikan bendera Malaysia yang diubahsuai dengan lima bintang yang dipaparkan semasa perasmian kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 oleh pihak penganjur MABA (Persatuan Bola Keranjang Malaysia) sangat biadap dan wajar diambil tindakan.

Kerana itu biarpun permohonan maaf telah dibuat, pihak berwajib mesti juga mengambil tindakan.

Perkara ini bukan isu kecil. Kita sangat kesal kerana ini tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. Penganjur kejohanan ini sangat lalai.

Dalam pada itu kita juga mahu agar pihak berwajib menyiasat apakah perkara yang sama juga berlaku apabila bendera Malaysia turut dipaparkan secara tidak betul untuk satu poster difahamkan untuk publisiti kejohanan taekwondo pada Ogos 2020.

Ini jika benar juga merupakan suatu tindakan yang sangat biadap oleh pihak penganjur.

Dan oleh kerana ia melibat kejohanan sukan saya minta Menteri Belia Dan Sukan secara serius mengambil tindakan terhadap nadan sukan berkenaan.

Kejohanan sukan adalah landasan untuk kita memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat.

Jika ini sengaja dilakukan ia sangat mendukacitakan kerana telah jauh terpesong dari falsafah sebenar kegiatan sukan diadakan.

Paling peliknya kenapa perkara ini berlaku ketika Kerajaan PH memerintah?

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.