Apabila Pengganas Mula Dimuliakan Di Zaman PH Malaysia Baharu

Rupa-rupanya isu abu Bapa Pengganas Malaya Chin Peng hanyalah permulaan kepada gerakan untuk kembali merubah naratif sejarah tanahair dengan cubaan mengiktiraf dan memuliakan gerakan pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Perhimpunan yang melibatkan kira-kira 300 bekas pengganas komunis yang turut dihadiri pimpinan PKR dan DAP makin menyerlahkan warna sebenar kerajaan PH hari ini yang sedikit demi sedikit cuba merobek asas-asas negara-bangsa yang dibina selama ini.

Pimpinan tertinggi DAP Ronnie Liew dengan bangga juga membuat pengisytiharan bahawa datuk dan abangnya juga adalah ‘pejuang komunis’ (dibaca pengganas).

Nampaknya di zaman Kerajaan PH ni, Malaysia Baharu semuanya nak diberikan tempat. LGBT, Pengganas LTTE, Pengganas Komunis. Agaknya apa lagi lepas ni?

#KerajaanSepenggal
#SelamatkanNegaraku

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.