REKAYASA KEBANGKITAN
SIDANG PERWAKILAN PEMUDA SEKALIAN,
1. Saya mulai ucapan ini dengan pernyataan rasa syukur yang setulus dan setingginya, atas izin dan perkenan Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, untuk kita melangsungkan Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO 2019. Mewakili saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,saya ingin mengalu-alukan kehadiran para tetamu undangan, perwakilan, pemerhati, sahabat dan kerabat Pemuda UMNO seluruh negara ke Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Kali Ke-70.
2. Saya amat terharu, dan begitu berbangga melihat raut-raut wajah semangat sahabat-sahabat Pemuda UMNO di semua peringkat yang hadir pada hari ini. Kalau masih ingat lagi, dalam ucapan sulung saya di Perhimpunan yang lalu, saya titipkan kisah sebuah BAHTERAyang rosak teruk, malah hampir karam dek lambungan badai besar yang melanda.
3. Namun, pada kali ini saya akan persembahkan kepada semua REKAYASA BAHTERAyang sama, sudah mula mengangkat sauhnya. BAHTERAyang sama, mula melebarkan layarnya. BAHTERAyang sama juga, telah mula mengharungi samudera dan bersedia menongkah badai yang kian mengganas. Kerana apa?
4. Kerana BAHTERAini beruntung punya pejuang-pejuang muda yang setia seperti kalian! Kalianlah pejuang yang bangkit di tengah-tengah badai menghempas BAHTERA PARTI!Kalian tegak tatkala ada yang lari, terjunBAHTERAselamatkan diri!
5. Namun, kalian teguh berdiri, tidak gundah walau dikhianati! Kalianlah Pejuang Muda Parti yang Hakiki!
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Moga-moga kita semua menjadi generasi pemuda yang digambarkan Allah dalam Surah Al-Kahfi iaitu Pemuda Yang Beriman dan Mendapat Petunjuk Ilahi:
“Merekaadalahpemuda-pemuda yang berimankepadaTuhanmereka, dan Kami tambah pula, bagimerekapetunjuk”
(Al-Kahfi:13)
SETAHUN GERAKAN BANGKIT KEMBALI
Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,
PEMUDA!……..BANGKIT KEMBALI! (3X)
6. Laungan keramat ini bukanlah sekadar semangat yang lompong tanpa makna. Laungan ini juga bukan sekadar retorika yang menjadi halwa telinga. Laungan ini punya roh, berintikan agenda Islah yang telah sama-sama kita semarakkan lebih setahun,merentasi segenap pelusok negara.Agenda Islahyang memberikan penekanan agar Pemuda kembali kepada akar perjuangan parti yang asal iaiturela berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan dan memelihara Agama, Bangsa dan Negara ‘BACK TO BASIC’.
7. Bertitik-tolak daripada kesedaran inilah, dari dari Teluk Durian, Baling sampailah jauh ke nun pedalaman Sabah, Pulau Kaniogan, Beluran, Pemuda menyusur akar, menganjurkan pelbagai program bagi membina kader-kader parti dengan memantapkan ilmu, memperkukuh rohani, mencanai keyakinan dan membina jati diri Pemuda UMNO.Ini termasuklah siri-siri Halaqah Ilmu, Retreat Pemuda, Program Jelajah Pemuda UMNO Malaysiameliputi 126 daripada 191 Bahagian. Percaya atau tidak, dalam tempoh SETAHUN kita berjaya melaksanakan ini semua!
Merealisasi Agenda Penjenamaan Semula Pemuda
Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,
8. Melihatperjalananpemudasepanjangsetahun.Sejujurnya, sayaamatkagumdenganapa yang telahdicapai oleh kalian semua. Bukanmudah, sayaakuiperjalananinibukanmudah. Ada yang mengorbankantenaga, dan masa, ada yang menghabiskan wang sendiri, ada yang terputussumberpendapatannya, ada yang kerapmeninggalkananak-isteri (pause)..ister-isteri, demi sebuahperjuangan yang menagihpengorbananbegitutinggi.
9. Tetapi dengarlah sahabat-sahabat pemuda sekalian, Bulatkan hatimu! Kuatkan imanmu! Teguhkanlah pendirianmu! Yakinlah akan janji Allah:
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan kamu belumpun diuji, sebagaimana yang telah melanda orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah diuji dengan kesempitan (hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)
10. Alhamdulillah, berkat usaha semua, UMNO yang dahulunya dilanda krisis kepercayaan, kini tampak kembali memikat. Anak muda yang dahulunya benci, kini tampak berubah. Kalau tidak, masakan Skuad Sabil, wahana beruniform baru anak muda di dalam parti, terus mendapat sokongan.Ribuan yang mendaftar, ratusanlagimenantigiliranuntukmenjalanilatihan. Tanpahabuan, tanpapaksaan, cumasekelumitsemangatuntukturutmenyumbangdalamaruskhidmatbakti yang Pemudatawarkan.
Merealisasi Nilai Inklusif
Sahabat-sahabatSeperjuanganSekalian,
11. Kita juga telah membuktikan bahawa Pemuda UMNO tidak sesekali bersikap eksklusif. Tidak pernah terdetik, jauh sekali meninggalkan rakan-rakan lama kita yang terus setia mempertahankan Barisan Nasional. Memetik kata-kata sahabat saya Nicole Wong Ketua Pemuda MCA:
“Ma Hua Yiii Kuo (c)Zhen……Huan Nan Yiii Kong…..Tong (j)Zhou Kong Ji….(j)Zai Chuang Huei Huang”
(Dalam apa jua keadaan susah atau senang, kita tetap sedia berhimpit bersama dalam satu Bahtera, tidak meninggalkan satu sama lain, bersatu padu menghadapi cabaran, dan memastikan kita kembali bangkit gemilang)
12. Mewakili Saf Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia saya ingin mengucapkan terima kasih setulusnya buat rakan-rakan Pemuda MCA, MIC dan Friends of BN Makkal Sakti, IPF, KIMMA dan PCMkerana kalian kekal setia sebagai sahabat sejati.
13. Tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat baru kita daripada Dewan Pemuda Pas. Kita telah membuktikan “Bulat Air Kerana Pembuluh, Bulat Kata Kerana Muafakat”. Bersama, kita telah bergandingan menyedarkan rakyat akan bahaya ICERD dengan mencetuskan gerakan terawal himpunan anak muda dari Masjid Jamek ke Sogo pada 4 November 2018, seterusnya ‘RoadShow’ ke seluruh negara, sehinggalah kepada Himpunan Rakyat Menentang ICERD pada8 Disember 2018 yang telah berjaya menghimpunkan hampir 1 juta umat di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT PEMUDA PAS, BERSEDIA LUPAKAN SENGKETA LAMA, UNTUK KITA BERGERAK SEIRING DEMI UMMAH DAN AGAMA TERCINTA.
Merealisasi Agenda Juara Rakyat
14. Semua ini menjadi saksi, bahawa Pemuda harus terus istiqomah berperanan sebagai“Jurubicara Ummah”, “Penyambung Lidah Rakyat”, menzahirkan denyut nadi mereka, samaada bersuara melalui media-media sosial, hatta turunke lapangan denganmembuat laporan polis dan menganjurkan siri-siri demonstrasi atas segala kepincangan Kerajaan PH.
15. Rupa-rupanya pimpinan PH ni kebanyakannya berhati tisu. Dulu mereka mengkritik, hari ini tidak bersedia dikritik. Bila ditegur cepat melatah. Bila ditentang mula nak menekan. Yang pernah berguling atas jalanan pun pantas menggertak nak menyaman. Namun, bagi Pemuda sedikitpun kita tidak akan gentar! “Makin Ditekan, Makin Kita Bangkit Melawan!”
16. Alhamdulillah berkat kerja kuat, jiwa besar,hikmah dan berstrategi semua pihak termasuklah jentera Pemuda, Tuhan telah menghadiahkan kepada kita kemenangan bergaya di 4 (empat) Pilihanraya Kecil bermula di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan yang paling manis dengan majoriti besar lebih 15 ribu di Tanjung Piai. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada seluruh jentera Pemuda yang dipimpin oleh Pengarah-pengarah jentera Pemuda (Farid, YB Rizam, Dato Zaidy dan Hairi!)
Berbunga lebat pohon rambutan,
Hinggap tempua berjuntai kaki;
Bila dapat memandang bulan,
Jangan lupa rumput di bumi.
17. Benar kita telah menang! Namun bacalahisyarat yang tersirat. Rakyat tidak mahu kita alpa! Rakyat tidak mahu kita sombong! Rakyat pastinya tidak mahu kita lupa daratan hingga sesama sendiri kembali bercakaran dan berantakan. Rakyat tentu sekali mahu kita muhasabah dan terus memperbaiki parti.
18. Lebih membimbangkan, semakin bersinar cahaya gemerlapan di hujung terowong, semakin ramai yang dulunya menyepi, seakan bernafas kembali. Makin ramai yang dulunya mengkhianati sehingga terjun meninggalkan parti, hari ini diam-diam sudah kembali, bahkan ada yang sudah pasang kaki, mengatur strategi untuk merebut pelbagai posisi dalam parti.
19. Orang seperti ini PEMUDA ingin ingatkan! Jangan sesekali menjadi “Serigala Berbulu Kambing”,sudahlah dulunya umpama “Mayang Menolak Seludang”, meninggalkan parti yang banyak jasa kepada mereka setelah parti hilang kuasa! Tiba-tiba hari ini, sudah mengintai posisi dan mula membina kem-kem dalam parti. Ingatlah! “Pelanduk Mungkin Selalu Melupakan Jerat, Namun Jerat Tidak Sesekali Lupa Pada Pelanduk!”
HARAPAN YANG GAGAL
Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,
20. Bekas Perdana Menteri British ketika perang dunia ke-2 pernah mengungkapkan kata-kata berikut:
“There is no worse mistake in public leadership than to hold out false hope soon to be swept away.”
(Tidak ada kesalahan yang lebih dahsyat dalam sesebuah kepimpinanmelainkan memberi harapan palsu kepada rakyat yang kemudiannya lenyap begitu saja)
21. Kata-kata ini amat dalam maknanya dan cukup tepat, untuk menggambarkanKerajaan Pakatan Harapan hari ini. 18 bulan telah berlalu. Namun harapan jutaan rakyat Malaysia untuk melihat sebuah Kerajaan yang lebih baik sejak Mei 2018 lalu, bagaikan pusara di lebuhraya.
22. Masalah PH bukan sekadar dihantui isu perlunasan janji sehingga menjadi siulan rakyat sebagai PAKATAN HANCING. Kegagalan mereka menerajui negara tidak kira dari segi ekonomi, hubungan luar negara, pendidikan, pentadbiran kerajaan sehinggalah harapan-harapan palsu yang telah ditabursama ada dari aspek hendak mereformasi instititusi-institusi penting negara, bahkan kegagalan menguruskan kemajmukan negara berbilang kaum, benar-benar menyentap kehidupan rakyat hari ini.
Aspek Ekonomi
23. Realitinya bila PH berkuasa, sehingga hari ini tol tak hapus, minyak tak turun! Subsidi makin tiada, kos sara hidup terus meningkat walaupun GST sudah tiada, harga barang keperluan tidak turun-turun sebagaimana yang dijanjikan. Yang terus menjunam jatuh adalah harga sawit dan getah hingga menyebabkan lebih 760 ribu pekebun kecil dan peneroka hidup bak “Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang”!
24. Kerajaan pula hanya tahu menjarah wang Petronas sehingga RM82 bilion menyebabkan keuntungan Petronas jatuh 48% pada suku ketiga 2019, lantaran kegagalan PH mendatangkan alternatif berkesan mendapatkan hasil yang hilang akibat pemansuhan GST umpama “Mengusir Asap, Meninggalkan Api”.
25. Dulu setiap projek mega BN (TRX, Bandar Malaysia, ECRL) dituduhnya nak jual negara. Bila dapat kuasa, aset-aset strategik negara yang lain pula dijualnya. Boleh pula umumkan tanpa sedikitpun rasa bersalah, aset-aset ini paling bernilai buat negara.
26. Dulu bila Kerajaan BN perkenalkan BR1M, dihinanya rakyat menerima dedak. Hari ini tanpa sedikitpun rasa malu menjenamakan semula BR1M kepada BaSaH, namun dengan nilai yang jauh lebih rendah. Lebih memeningkan, definisi BUJANG hanya terpakai kepada mereka berumur 40 tahun ke atas atau lebih tepat dipanggil “Bujang Terlajak!”
27. Yang pasti ekonomi negara makin parah. Hutang Negara makin bertambah, Bursa SahamMalaysia jatuh teruk, nilai Ringgit jatuh merudum, indeks keadaan perniagaan makin susut, pertumbuhan ekonomi terus menguncup.
28. Semua indikator-indikator ekonomi ini hanya memberikan satuisyarat! Kerajaan PH GAGAL menguruskan ekonomi negara dengan baik. Kenapa berlaku sebegini? Yang jelas, Rakyat dapat saksikan hanyalah, Kerajaan PH terus sibuk berpolitik, menyalah dan bergelumang dengan perebutan kuasa daripada PM Ke-7 kepada PM Tepi!
29. Walau cuba disembunyi dengan pelbagai tipu helah. Hakikatnya, perut rakyat semakin kosong, poket rakyat semakin lompong, “Bagai Abu Di Atas Tunggul, Menanti Angin Jatuh Berderai”.
Aspek Pendidikan
30. Bab pendidikanpun dah mula berbau hancing.Kononnya nak bagi pendidikan percuma, dapat kuasa, yuran-yuran universiti mula naik mendadak! Kononnya nak bagi sarapan percuma dengan kos 1.67 bilion rupa-rupanya dalam belanjawan 2020 langsung tidak disentuh KECUALI meneruskan dasar BN lama Rancangan Makanan Tambahan untuk golongan miskin.
31. Anak-anak muda pun tidak terlepas daripada tempias hancing. Dek kerana undi, PH berjanji bakal sediakan 1 juta peluang pekerjaan. Yang jelas semakin ramai yang dibuang kerja. Kononnya, nak bagi insentif gaji RM500kepada yang menganggur selepas setahun, itu pun dimasukkan dalam KWSP!Umur 50 tahun baru boleh merasa!
Aspek Politik dan Pentadbiran
32. Jika PH menggunakan alasan hutang RM1 trilion dan kekangan kewangan yang menjadi penyebab kegagalan mereka mengotakan janji Manifesto PRU14 lalu, maka kita patut tanya pula mereka, bagaimana pula janji-janji Manifesto yang tidak memerlukan wang untuk melaksanakannya?
33. Bagaimana status reformasi institusi?Bedegar-degar nak reformasi Parlimen! Namun, bila sudah jadi kerajaan, asyik ponteng, bila terkantoi, kononnya nak tunjuk hero, integriti masih dijaga, akhirnya penghawa dingin menjadi mangsa!
34. Apa sudah jadi dengan janji tender terbuka? Jadi Kerajaan, tender terus dapat pada kerabat parti. Terbongkar pula, habis semua lembaga-lembaga pengarah GLC dan Agensi dilantik di kalangan kroni! Rupa-rupanya janji tiada lantikan politik dalam manifesto hanyalah satu lagi omongan kosong!
36. Mana dia Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) MARA, FELDA dan Tabung Haji? Bab-bab Tabung Haji ni memang dekat dengan hati saya!Dengar pantun yang dicipta khas ini:
Kekanda Mujahid ke Pekan Kemasin
Membelikan Adinda Izzah ikan Masin
Ingatkan Minyak turun seringgit lima puluh sen
Rupanya Hibah TH turun satu perpuluhan dua lima persen
Aspek Agama
37. Lebih menyedihkan dalam senario Malaysia Baharu kini, tahap hubungan antara kaum dan agama berada pada kedudukan yang paling meruncing! Sebab apa? Puncanya kerana pimpinan PH yang didominasi DAP cuba merobek akar-akar yang mendasari kekuatan negara ini. Deklarasi Setapak 1967 yang menjadi doktrin perjuangan DAP, untuk menghapuskan status Bumiputera dan bukan Bumiputera dengan menjanjikan KESAMARATAAN makin lama makin menjadi-jadi.
38. Kenyataan-kenyataan rasis dan chauvinis pimpinan DAP dan PH semacam dipekakkan telinga, dibutakan mata oleh pihak pemerintah,lantas mencetuskan fenomena keberanian luar biasa di kalangan segelintir rakyat,untuk meremehkan institusi Raja, menghina Agama bahkan memperkotak-katikkan maruah bangsa seperti tulisan jawi dan bahasa Melayu!
Aspek Perlembagaan dan Perundangan
39. Saya nak tanya kepada saudara-saudara?
● Siapa yang jelajah ke luar negara mendakwa rakyat Hindu di negara ini ditindas dan dizalimi?
● Siapa yang tuduh orang Melayu sebagai kaum pendatang?
● Siapa yang hina tulisan jawi dan dikaitkan dengan pornografi?
● Siapa yang hina Angkatan Tentera dengan mendakwa mereka hanya tahu makan dan tidur sahaja?
● Siapa yang memainkan sentimen kebencian kaum dengan mendakwa UMNO-PAS akan mengambil hak orang bukan Melayu?
● Siapa hari ini yang memuliakan pengganas komunis dan menjulang mereka sebagai wira, malah cuba merubah naratif sejarah?
40. Mereka inilah sebenarnya petualang yang rasis, bertanggungjawab mencetuskan sentimen kaum dan mengapi-apikan kebencian di kalangan rakyat. Yang pasti tragedi menyayat hati kita semua, pembunuhan Arwah Adib masih belum terbela! Pemuda UMNO buat kesekian kalinya dengan disaksikan para perwakilan hari ini, menuntut dengan tegas agar PEGUAM NEGARAsegera ambil tindakanatau LEBIH BAIK LETAK JAWATAN. SETUJU
Aspek Dasar Baharu
41. Dasar-dasar baharu PHjuga banyak yang merapu, bagaikan terpisah daripada jiwa, tercabut daripada denyut nadi rakyat yang sengsara masa kini. Walau ditegur, kadang dicuit, langsung tak terobek keangkuhan diri seperti “Mencurah Air Ke Daun Keladi”. Malah, bagaikan kena TULAH, apa sahaja yang TERPACUL daripada mulut Menteri-menteri mahupun exco-exco negeri serba tak kena dan seringkali menjadi bahan lawak jenaka rakyat.
42. Daripada idea kereta terbang yang rupanya bak sebuah troli dipasangkan kipas angin, minum sesudu sawit untuk naikkan harga sawit, sehinggalah kepada isu ‘beliau’ boleh berenang dan penembak terhebat di dewan undangan negeri Melaka. Benarlah kata Dr. Maszlee Malik dalam salah satu posting FB beliau sebelum jadi Menteri:
“Pak Menteri ADALAH PELAWAK atau BADUT untuk menghiburkan rakyat dengan komen-komen mereka””
43. Mungkin inilah yang disebutkan Nabi SAW dalam satu hadis riwayat Abu Darda’ yang banyak disepakati ulamak akan maksudnya:
كَمَا تَدِينُ تُدَانُ
“What Goes Around Comes Around atau Bagaimana kita lakukan dan perkatakan kepada orang lain begitulah kita akan diperlakukan dan diperkatakan”
44. Semua ini membuktikan bahawa Kerajaan PH hari ini hakikatnya sebuah kerajaan yang GAGAL! Konsep Malaysia BAHARU yang diperjuangkan PH juga GAGAL.
KEMBALIKAN MALAYSIA KEPADA ACUAN ASAL
Harapan Berjanji Semuanya Palsu
Apa Sahaja Dibuat Jadi Lucu
Jangan Diharap Malaysia Baru
Kita Kembalikan Acuan Dulu
Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,
45. Malaysia Baharu Versi PH yangberpijak kepada falsafah kesamarataan hakikatnya amat merbahaya lantaran menjanjikan sesuatu yang nampak menawan tetapihakikatnya “Pepat Di Luar Rencong Di Dalam”.
46. Ingatlah pesanan orang tua lama-lama yang menasihati kita agar “Jangan Ditentang Matahari Condong, Takut Tak Terturut, Jalan Tak Berintis”.Jangan mudah terperdaya dengan harapan palsu sehingga tergamak kita melepaskan apa yangdinikmatiditangan selama ini. Pujangga India juga ada menyebut hal yang sama:
“NALLADE YENINUM KUREI, SOLLI TUUKI YERIYAADEA, KUREI TIRKE MUDIYUM”
(Jangan dibuang sesuatu yang baik hanya kerana sedikit kelemahan, sedangkan kekurangan itu boleh sahaja diisi dan ditampung).
47. Benar, selama 61 tahun Malaysia bukanlah sebuah negara sempurna! Banyak kelemahan, wujud ketirisan, berlaku kepincangan di sana sini.“Mana Ada Buluh Yang Tidak Berbuku, Mana Ada Bumi Yang Tidak Pernah Ditimpa Hujan!” Namun selama 61 tahun sebelum ini juga, tidak sedikit kejayaan yang ditempa negara.
48. Dunia Islam melihat Malaysia sebagai Negara Islam contoh, model negara yang pesat membangun tetapi tidak pernah mengenyampingkan Islam sebagai Agama Negara berorientasikan Wasatiyyah. Negara-negara membangun sentiasa menjadikan Malaysia sebagai penanda aras, lantaran dilihat selaku pemain ekonomi paling kompetitif, dalam kalangan negara membangun di Asia. Malah dunia pernah menobatkan Malaysia sebaga Harimau Asia, (Asian Tiger) kerana pencapaian luar biasanya dalam pertumbuhan ekonomi.
49. Resipi utama kejayaan-kejayaan ini adalah kerana kestabilan politik. Harus diingat kestabilan politik negara hanya mampu dicapai berasaskan konsep perkongsian kuasa kaum-kaum utama dalam wadah yang berakarkan keindukan Melayu-Islam-Bumiputera.
50. Keindukaninijugalah yang membawa Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan. UMNO, MCA dan MIC membentuk Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman, mengorak langkah demi langkah, mengenepikan perselisihan, dan perbezaan, demi untuk mencapai sebuah kemerdekaan.
51. Keindukan ini dicitrakan sekali lagi oleh Tun Abdul Razak, yang menggagaskan gabungan BarisanNasional yang turut dianggotai PAS dengan Dasar Ekonomi Baharu secara afirmatif yang diikat dengan Rukun Negara. Semuanya adalah kerana keprihatinan UMNO untuk membina dan membangunkan Malaysia untuk semua tanpa mencairkan nilai dan jati keindukan Melayu-Islam-Bumiputeranya.
52. Kejayaan hubungan politik antara kaum dalam konteks Perikatan ataupun Barisan Nasional adalah kerana kesediaan UMNO menerima kaum-kaum lain sebagai warganegara yang sama tarafnya dengan orang-orang Melayu. Manakala kaum-kaum lain pula bersedia memperakui KEINDUKAN Melayu-Islam-Bumiputera berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan menerimanya sebagai pemimpin kepada sebuah gabungan politik.
53. Tiada lagi istilah PENDATANG! Kerana Malaysia ini sudah diperakui milik semua. Malaysia milik orang Melayu, Malaysia juga milik orang Cina, India, Kadazan, Dusun, Murut, Dayak, Iban, Bidayuh malah ratusan etnik Sabah dan Sarawak. Semuanya ada TANGGUNGJAWAB, semuanya adaHAK,sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan. Konsep KEINDUKKAN initidakmenjadikan UMNO sebagaituankepadaparti lain. Tetapi KEINDUKKAN inimeletakkan UMNO sebagaipemimpin yang menentukanidentitisebenarkepadawajah Malaysia yang asal.
54. Secara mudahnya, Malaysia boleh terus berjaya, kekal stabil, kekal harmoni bukan sebagaimana yang dimomokkan oleh Kerajaan PH, yang kononnya semua nak disamaratakan. Sebaliknya, kestabilan politik negara dicapai MELALUI kebijaksanaan kepemimpinan mengurus-tadbir rakyat BERBILANG KAUM yang saling menghormati sifat keindukan Melayu-Islam-Bumiputera. INILAH SEBENARNYA RESIPI KEJAYAAN MALAYSIA YANG ASAL!
55. PEMUDA UMNO dengan ini ingin menegaskan bahawa Malaysia perlu kembali kepada ACUAN dan MODELnya yang asal. Namun kembali kepada ACUAN yang asal tidak bermakna kita tunduk kepada kebejatan rasuah, penyelewengan, ketirisan. Tetapi,harus menjulang nilai integriti, akauntabiliti, amanah, kesederhanaan dan prinsiptadbir urus yang baik. Tuntasnya, sebagai warga pemilik tanah pusaka ini, adalah tanggungjawab kita bersama untuk memperbaiki dan menambah baik Malaysia. KERANA TIADA YANG SEMPURNA KECUALI KITALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEMPURNAKAN.
MENGINSTITUSIKAN MUAFAKAT NASIONAL
Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,
56. Persoalannya, bagaimanakah kita hendak mengembalikan kegemilangan Malaysia? Apakah pendekatan yang boleh dilakukan untuk memastikan Malaysia dengan acuan yang asal mampu direalisasikan? Atau mampukah kita mengambil semangat kepimpinan terdahulu yang berjaya mengadun resepi kejayaan yang saya nyatakan sebenar tadi?
57. MUAFAKAT NASIONAL….! Inilah jawapan yang ingin kita tawarkan kembali kepada rakyat. Bermula dengan gerakan Penyatuan Ummah yang akhirnya berjaya menyatukan dua parti terbesar mewakili kelompok majoriti Melayu-Islam,UMNO dan PAS.
58. Jika difahami, Muafakat Nasional bukannya suatu yang baharu. Muafakat Nasional merupakan kesinambungan konsep perkongsian kuasa dengan mengekalkan resipi Malaysia yang asal sebagai yang dijelaskan sebelum ini.
59. Sebab itulah kerjasama UMNO dan PAS tidak pernah bercita-cita mendirikan kerajaan yang hanya didominasi orang Melayu dan Islam semata-mata. Muafakat Nasional juga tidak wajar mengenyampingkan kaum-kaum lain yang telah menjadi sebahagian daripada warga tanahair tercinta.
60. Atau kata mudahnya,Muafakat Nasional bukannya seperti pakatan rapuh PH, yang punya 4 parti. Tetapi tidur sahaja sebantal namun hakikatnya berbeza-beza mimpi.
61. It is US therefore, that must prove to the people, that WE, UMNO, PAS, MCA and MIC are united as ONE. We must be SEEN and BELIEVED, as the trusted alternative in providing the much-needed peace, harmony and prosperity.
62. Perjalanan MUAFAKAT NASIONAL baru bermula. Pastinya akan menembuh pelbagai onak dan duri. Yang penting, MUAFAKAT NASIONAL mestilah melangkaui soal PERCATURAN KUASA dan PENGAGIHAN KERUSI semata-mata. BUKAN juga sekadar menjatuhkan PH untuk kembali berkuasa. Sebaliknya MUAFAKAT NASIONAL harus menyediakan TAWARAN BARU kepada rakyat, terutamanya menyentuh soal perut dan untung-nasib mereka untuk hidup secara aman dan harmoni di tanahair tercinta.
63. Pemuda ingin ingatkan kepada semua pimpinan di atas, jangan sesekali membuat ONAR SETELAH BERPAKAT! Jangan sesekali MEMPERSIA-SIAKAN HARAPAN UMAT! Jangan MEMPERJUDIKAN NASIB RAKYAT! MUAFAKAT NASIONALini bukan MILIK EKSKLUSIF mana-mana pimpinan mahupun parti. Tetapi ia adalah MANIFESTASI SUARA HATI AKAR UMBI yang mahu Umat berpadu. Ia adalah cerminan DENYUT NADI RAKYAT, yang mahu Islam meneraju. Ia juga adalah isyarat rakyat mahukan Malaysiadengan rakyatnya yang pelbagai bangsa dan agamaKEMBALI BERSATU.
64. Justeru, PEMUDA menggesa agar kepimpinan tertinggi parti, dapat segera menginstitusikan MUAFAKAT NASIONAL bukan sahaja melibatkan UMNO-PAS tetapi juga rakan-rakan komponen BN (MCA dan MIC) dan Friends of BN.Sudah tiba masanya untuk kita bergerak dari era Perikatan selama 21 tahun (1952-1973), kepada era Barisan Nasional selama hampir 46 tahun (1973-sekarang), dan kini berhijrah kepada MUAFAKAT NASIONAL!
KELANGSUNGAN AGENDA KEBANGKITAN
Sahabat-sahabat Seperjuangan Sekalian,
65. Tampak ketika ini arus rakyat mulai seakan menyebelahi kita. Rakyat marah dan mual dengan sikap PH yang berterusan menipu, memungkiri janji bahkan seringkali memperlekeh kebijaksanaan rakyat (insulting people’s inteligence) dengan kenyataan dangkal dan dasar berubah-ubah.
66. Namun harus diingat, tidak semestinya Rakyat sudah bersedia menerima kita. Yang penting UMNO kena terus muhasabah, merendah diri, memperakui kesilapan lampau lantas mengoreksi diri untuk terus melakukan pembaikan dalaman parti,agar kita dapat kembali menagih kepercayaan dan menambat keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang suci ini.
67. Justeru, demi kelangsungan agenda kebangkitan Pemuda yang sama-sama kita gariskan dalam Ucapan Dasar yang lalu, kini saya lakarkan pula 5 pendirian penting sebagai azimat agar kita sentiasa berada pada landasan yang betul.
AZIMAT PERTAMA: FOKUS PEMERKASAAN PARTI
68. PERTAMA, Pemuda di semua peringkat mesti terus semarakkan agenda Islah, pengkaderan, pentarbiyahan dan pemerkasan dalaman parti. Jangan sesekali kita leka dan alpa dek seronok dan selesa dengan kemenangan di Cameron, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai hingga kita kembali sombong dan angkuh,bahkan mula bercakaran sesama sendiri. “Winning Few Battles Do Not Mean We Can Already Win A War”.
AZIMAT KEDUA: TERUS MENGAKAR KEPADA ANAK MUDA
69. KEDUA, Pemuda mesti terus dengan gerakkerja mengakar, merimbun dan membumi kepada segenap lapisan masyarakat samaada di kota mahupun di desa. Pemuda UMNO dengan imej yang baru TIDAK HARUS ADA LAGI SIFAT ELITIS yang dilihat memperagakan kemewahan diri dan hanya minum di coffee house, bersigar atau menggendeng beg berjenama semata-mata.
70. Sebaliknya kita akan lebih dihormati, apabila LEBIH MERENDAH DIRI, TIDAK SOMBONG DAN BERLAPANG DADA TATKALA DITEGUR DAN DIKRITIK. InsyaAllah, tahun kedua ini gerakkerja kita akan digandakan dengan memfokuskan agenda utama mendekati anak muda yang punya kerencaman pemikiran dan kepelbagaian perawakan seiring dengan pindaan umur pengundi muda bawah 18 tahun. Untuk itu juga Pemuda UMNO sempena dengan Perhimpunan Agung Kali ini akan melancarkan Kelab UMNO SISWA yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Presiden.
AZIMAT KETIGA: JAUHI PERSENGKETAAN, UTAMAKAN PERMUAFAKATAN
71. KETIGA, Pemuda harus utamakan kesatuan kita sebagai satu keluarga besar yang mendokong wadah perjuangan suci ini. KITA BOLEH BERBEZA PANDANGAN! KITA JUGA BOLEH BERBEZA PENDEKATAN, APATAH LAGI ORIENTASI PERJUANGAN! Tetapi jangan sesekali kita berprasangka dan bersengketa sesame sendiri! Depan berkelakuan cantik, belakang menyimpan perasan jelik. Depan “Yes Boss, Bagus Boss, Beres Boss! Tetapi hakikatnya“Menanam Tebu Di Bibir”.Bak kata pepatah lama, “Ada Aku Dipandang Hadap, Tiada Aku Dipandang Belakang”.
72. Jangan juga pentingkan diri sendiri“Bagaikan Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing Dan Memagar Diri Bagai Aur.”Parti ini akan hancur,jika masih membiak dan menggejala perasaan ananiyah (individualistic) yang hanya nak selamatkan diri berbanding parti.
AZIMAT KEEMPAT: PEMUDA KEKAL MANDIRI DAN WALA’ PADA PARTI
73. KEEMPAT, Pemuda harus kekal bersifat mandiri (independent) – wala’ dan kesetiaan hanya pada institusi dan perjuangan parti bukan individu mahupun personaliti. Jangan sesekali kita menjadi bagaikan “Lembu Yang Dicucuk Hidungnya”, rela membiarkan diri“Ditambat Dan Diikat” kepada tuan yang membela dan mendedak kita.
74. Pemuda tidak boleh membiarkan parti sekali lagi punah ranah dek persengketaan sengit lantaran wujud kumpulan-kumpulan yang mula mencatur dan mencongak kedudukan dalam parti tatkala melihat mentari mula bersinar.
AZIMAT KELIMA: PERTAHAN MARUAH DEMI RAKYAT
75. KELIMA, pemuda mesti terus menjuarai agenda rakyat dengan menjadi pembangkang berwibawa, mendengar denyut nadi dan membawa suara hati rakyat secara tegas tanpa rasa takut. ISYARAT MELALUI 4 PRK yang dimenangi cukup jelas, bahawa rakyat mahu kita kembali, tetapi dengan WAJAH YANG BARU. Rakyat bersedia menerima kita, tetapi dengan CITRA PERJUANGAN YANG LEBIH TULUS. Rakyat juga mahu kita menjadi kerajaan semula, tetapi BUKAN DENGAN CARA TIDAK BERMARUAH MELALUI PINTU BELAKANG!
76. Pendirian Pemuda kekal tegas tidak berubah (INSIST!), JANGAN DIBERIKAN NYAWA KEPADA MEREKA YANG SEDANG LEMAS! JANGAN MENJADI PENYAMBUNG HAYAT BAGI MEREKA YANG DITOLAK RAKYAT! JANGAN SESEKALIMENCURANGI KEPERCAYAAN RAKYAT! SEKALI RAKYAT DIKHIANATI, PARTI AKAN TERTOLAK BUAT SELAMA-LAMANYA.
PENUTUP
Sahabat-sahabatSeperjuanganSekalian,
77. UMNO dan Perjuangannya umpama sebuah BAHTERA yang sudah lama berlayar…. banyak tempat yang telah diterokai…. terkenal seantero dunia….. malahan banyak kejayaan telah diperolehi.
78. BAHTERA ini tidak lahir sekelip mata, tetapi ianya hasil……perit jerih dan airmata darah para pejuang terdahulu dan pewaris bangsa.
79. BAHTERA ini hampir karam beberapa kali dibadai ombak dan taufan…..tapi tetap teguh dan utuh meneruskan pelayaran,
80. Walaupun kini, langit semakin cerah, sang mentari mula memancarkan sinarnya, BAHTERA perjuangan ini jangan diambil mudah…..BAHTERA ini perlu terus dilayarkan……jangan sesekali alpa dan terpesona…..hanya kerana mendengar berita BAHTERA HARAPAN semakin goyah dan hilang arah!
81. Sebagai pejuang muda, kita harus tekad berjuang dan bersedia berkorban untuk memastikan BAHTERA keramat ini terus belayar menuju ke destinasi yang gemilang.Kepada Allah jua kita terus bermunajat, berserah dan menaruh sepenuh pengharapan.
82. Buat seluruh sahabat-sahabatku pemuda pejuang kebangkitan.
Tubuh kalian, tubuh Pendekar
Jiwa kalian, jiwaPejuang
Nafas kalian, Nafas Pahlawan
Nyawa dan Harta kita taruhkan
Hanya itu jadi sandaran
Kerna kita pilihan Tuhan
Rapatlah dirimu kepada Tuhan
Kerna Itulah rahsia kejayaan
Kerna Itulah rahsia keberkatan
Walau taufan mulai pergi,
Jangan alpa dan lupa diri
Takut nanti memakan diri
Ayuh Kita semua bangkit berdiri,
Sambil bersumpah dan berjanji,
Kita Pertahankan Bahtera ini,
Kita Perkasakan Wadah ini
Jangan Biarkan ia Tumbang
Jangan Biar dikhianati Petualang
Kerna harganya mahal untuk digadaikan
Selagi nyawa dikandung badan
Selagi itu kita terus berjuang
Demi Agama,
Demi Bangsa,
Demi Negara,
Pemuda !
Bangkit Kembali
Pemuda !
Bangkit Kembali
Pemuda !
Bangkit kembali
Hidup Melayu!
Hidup Rakyat!
Hidup Islam!
Takbir, Takbir, Takbir.
Wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.