Teruskan Usaha Bina Imej UMNO

“Pesanan kepada semua Ketua Penerangan UMNO Bahagian seluruh negara “

Ketika ini kebanyakan parti Pakatan Harapan (PH) menghadapi masalah. Banyak isu sedang menyelubungi pimpinan dan Kerajaan PH dan memberi kesan pada rakyat. Hanya DAP yang kekal stabil dan kerana itu, di waktu parti lain dalam Kerajaan PH sibuk menyelesaikan masalah DAP terus menjayakan agendanya.

DAP mesti ditentang. Mereka berkuasa dalam Kerajaan PH ketika ini.

Saya yakin, UMNO dalam keadaan baik ketika ini. Namun UMNO mesti terus bina kekuatan dan imej baik di mata rakyat. Walaupun kita menang besar di Parlimen Tanjung Piai, dan menang di 3 PRK sebelum itu, ia bukan bermakna kita boleh berasa selesa.

UMNO mesti bina kekuatan sendiri. Dan bukan menunggu serta bergantung kepada kelemahan Pakatan Harapan untuk menjadi kuat.

Saya mohon agar setiap Ketua Penerangan UMNO sama ada negeri atau bahagian mesti memainkan peranan mengikut amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Berikan maklumat serta penjelasan isu penting secara berterusan kepada rakyat di kawasan masing masing dengan pendekatan yang bersesuaian.

UMNO baru saja selesai PAU 2019. Pelbagai perubahan telah UMNO lakukan antarànya melalui pindaan Perlembagaan UMNO. Ini adalah perubahan bagi menghadapi situasi politik yang sudah berubah.

Maka penting untuk kita terus tonjolkan kebaikan dan kehebatan UMNO kepada rakyat.

Paling penting, kita mesti juga terus dedahkan apa saja kelemahan PH kepada rakyat. Apatah lagi PH memang punyai banyak kelemahan.

Justeru kepada jentera Penerangan UMNO disemua peringkat. Marilah kita terus bekerja menentang musuh kita iaitu Pakatan Harapan.

UMNO mesti kembali berkuasa.

“UMNO Sebuah Perjuangan”

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia.


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.