Mengapa Diamal Politik Jijik Dan Melampau?

Serangan tanpa henti ke atas Najib Razak mantan Perdana Menteri adalah bukti, ada pihak terus rasa terancam dengan pengaruh yang dimilikinya. Maknanya selagi Najib Razak ada beliau akan terus menjadi masalah pada mereka.

Tindakan begini paling jijik serta melampau. Ini mainan politik yang sangat kotor.

Justeru politik fitnah seumpama ini perlu dihindari dan tidak sesuai di negara ini. Kita kena amalkanlah politik bermaruah dan matang.

Rakyat majoritinya menyampah dengan politik begini dan kita mesti menolaknya.

Dan percayalah rakyat Malaysia majoritinya sangat bijak. Mereka mampu berfikir dengan matang.

Malah saya yakin Dato’ Seri Najib Razak dipihak yang benar. Namun kita harap beliau terus sabar, berani dan menghadapi situasi ini.

Kita harap pihak yang melakukannya akan menerima balasan juga akhirnya. Mereka akan hancur dengan fitnah yang dilakukannya.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia.


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.