Dividen ASB: Satu Lagi Episod Malang Buat Melayu/Bumiputera

Perubahan positif yang rakyat harapkan daripada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan nampaknya terus malap dan hanya menjadi mimpi indah yang tak mungkin jadi kenyataan.

Lebih teruk lagi apabila semua perkara yang membabitkan Melayu Bumiputera terus merudum. Jika kita lihat, bukan sahaja dividen Tabung Haji mencatat sejarah paling rendah iaitu 1.25 peratus, dividen Tabung Angkatan Tentera (LTAT) juga mencatat sejarah yang sama… di anggap paling rendah sejak tahun 1973 iaitu cuma 2.0 peratus. Kini dividen ASB 2019 pula menerima nasib yang sama apabila diumumkan hanya 5.5 peratus.

Pengumuman tersebut ternyata mengecewakan pencarum khususnya mereka yang membuat pinjaman untuk mencarum. Kerana apa? Kerana mereka terpaksa membayar ‘interest’ yang jauh lebih tinggi daripada dividen yang diperolehi.

Sebagai contoh, sekiranya pinjaman yang dibuat berjumlah RM100 ribu (pinjaman 20 tahun), pencarum terpaksa membayar anggaran bulanan sebanyak RM660.00. 12 bulan ia akan menjadi RM7,920.00 tetapi dividen yang diperolehi bagi tahun ini hanyalah sebanyak RM5,500.00. Bukan sahaja pencarum tidak dapat merasai hasil caruman mereka, mereka dibebankan pula untuk membayar kerugian daripada pinjaman yang dibuat.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin memburuk ini dan ada juga yang telah hilang punca pencarian kerana dibuang kerja seperti pekerja di kumpulan Media Prima yang melibatkan agensi NST, Berita Harian, Metro dan TV3, maka sudah pasti dividen ini diharapkan untuk meringankan beban mereka dalam membuat persediaan persekolahan. Namun sayangnya, satu-satunya harapan mereka ini turut berkecai.

Dividen terburuk dalam sejarah ini sekaligus membuktikan bahawa kedudukan ekonomi negara dibawah pentadbiran Pakatan Harapan semakin kritikal.

Sudahlah kos sara hidup semakin menghimpit, cukai pula semakin menaik dan lebih membebankan apabila tahun 2020 bakal menyaksikan semakin banyak cukai bakal diperkenalkan.

2020 yang diharapkan menjadi sinar untuk sebuah negara maju yang mampu menjana pendapatan rakyat, rupanya bakal menjadi mimpi ngeri… Terbaik PH!

#DSIS
#BubarParlimen

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.