Penggunaan SOSMA Dalam Penahanan Penyokong LTTE

Penggunaan SOSMA Dalam Penahanan Penyokong LTTE

Polis telah menggunakan SOSMA di dalam penahanan 11 orang penyokong LTTE termasuk 2 Adun DAP.

Maka riuh rendahlah mereka daripada DAP menyelar polis di dalam menggunakan SOSMA yang mereka sebagai drakonian termasukla pemimpin utama mereka LKS dan Charles Santiago.

DAP bertindak sebagai parti pembangkang!

Adakah mereka lupa yang mereka adalah parti kerajaan.

Dengan mengkritik PDRM, ibarat mereka mengkritik diri sendiri!

SOSMA masih undang undang semasa dan boleh diguna pakai.

Dalam manifesto PH, mereka berjanji untuk hapuskan akta ini, tetapi setelah sekian lama memerintah mereka masih belum memulakan langkah langkah untuk tujuan tersebut.

Maka mereka bertelagahla sesama sendiri.

Adakah Perdana Menteri akan tunduk pada desakan DAP yang mahu ia dihapuskan? Kita tunggu dan lihat.

Datuk Zahida Zarik Khan
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.