Kaligrafi Cina Alat Pupuk Perpaduan? Tulisan Jawi??

Semalam Buletin Utama TV3 membuat laporan ‘Kaligrafi Cina Pupuk Perpaduan’ berkaitan Bengkel Seni Kaligrafi Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dari PKR.

Agaknya YB Fahmi sudah hilang kewarasan kerana ketika polemik tulisan Khat-Jawi dibantah oleh Dong Jiao Zong yang membuat sidang media menghina Jawi secara terbuka, YB Fahmi seakan mempamerkan sikap tidak sensitif dengan mempromosikan program sebegini.

Ironi nya, YB Fahmi mengambil sikap berdiam diri dikala tulisan Khat-Jawi dicemuh dan tulisan Jawi dituduh sebagai bahan agenda Islamisasi, sebaliknya YB Fahmi bersungguh-sungguh memperkenalkan kaligrafi Cina sebagai alat perpaduan di negara ini.

Yang menghairankan, tulisan jawi ditentang dengan hebatnya oleh Dong Zhong. Kenapa YB Fahmi, Dong Zhong dan mereka yang menentang tulisan jawi tidak melihat tulisan jawi juga sebagai alat untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat?

Tulisan jawi juga boleh dianggap sama dgn kaligrafi Cina yang mempunyai unsur budaya.

Kenapa perlu hipokrit?

Tindakan sebegini memang jelas dilihat berat sebelah dan tidak adil terhadap orang Melayu dan Islam.

Orang Melayu dan Islam sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan di negara ini, malah ramai anak Melayu mahir dalam Bahasa Mandarin, serta mesra kebudayaan Cina termasuk perayaan, pemakaian dan sebagainya.

Apabila berkaitan dengan orang Melayu dan Islam, kumpulan tertentu bagaikan dirasuk dan menolak segala berkaitan Melayu dan Islam sedangkan Melayu Islam adalah majoriti di negara ini.

Sebagai ahli parlimen yang muda di dalam kerajaan, YB Fahmi perlu rasional dan adil terhadap sensitiviti orang Melayu dan Islam dan tidak sepatutnya hipokrit dan menjadi ‘pak turut’ kepada kumpulan chauvinist yang rasis dan ekstremis.

Jika kaligrafi Cina dianggap sebagai alat memupuk perpaduan, maka tulisan jawi juga mesti dianggap sebagai alat memupuk perpaduan malah tulisan jawi adalah tulisan awal orang Melayu dan berkaitan dengan budaya Melayu yang perlu dipelajari oleh semua rakyat Malaysia.

Maka Dong Zhong, YB Fahmi malah semua kaum mesti menerima jawi.

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.