Hentikan Polemik Pelantikan PM8

Hentikanlah polemik perlantikan YAB. Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Hormatilah kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam membuat keputusan dan perkenan Baginda memilih peneraju urus tadbir kerajaan Malaysia.

Rakyat memerlukan pembelaan yang wajar dan adil dalam semua aspek kehidupan mereka. Rakyat juga sudah semakin jemu dan muak dengan hidangan permainan politik yang dimulakan oleh pihak PH sendiri.

Berilah peluang kepada YAB PM untuk memimpin negara dengan penuh fokus tanpa perlu diganggu gugat oleh pelbagai permainan politik.

Tegur dan kritiklah pentadbiran kerajaan secara positif, berhemah dan membina selepas ini seperti mana yang pihak pembangkang pasca PRU14 lakukan.

Saya yakin pentadbiran yang baharu ini kelak akan sentiasa mendengar dan bertindak sebaik mungkin memperbaiki kekurangan yang timbul serta memperkasa segala perancangan yang baik untuk negara.

Saya juga ingin menyeru kepada semua penyokong parti politik agar sentiasa bertenang, berlapang dada dan tidak terikut-ikut dengan rentak ahli politik yang sentiasa cuba mencipta gelombang dan kontroversi.

Cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan diri, rakyat sudah letih!

#BinaSemula
#Malaysiaku

Datuk Seri Mahdzir Khalid
Naib Presiden UMNO


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.