1. Kes saya ditangguhkan untuk hari ini 2hb Mac 2020 (Isnin) sahaja.
2. Esok, 3hb Mac 2020 (Selasa), kes akan disambung semula seperti biasa.
3. Kes ini tidak akan digugurkan sama sekali seperti kes-kes lain sebelum ini.
4. Insya-Allah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes.
5. Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
2hb Mac 2020