Covid-19: Mesyuarat UMNO Cawangan Ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa mesyuarat 21,039 UMNO Cawangan di seluruh negara yang telah bermula pada 15 Feb lalu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Katanya, ini adalah sebagai langkah berhati-hati akibat penularan Covid-19.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini telah membuat dua keputusan iaitu mesyuarat 21,039 UMNO Cawangan di seluruh negara yang telah bermula pada 15 Feb 2020 adalah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, semua program UMNO yang melibatkan orang ramai adalah tidak digalakkan buat masa ini dan dinasihatkan agar ditangguhkan. – UMNO ONLINE

[gview file=”https://umno.org.my/wp-content/uploads/2020/03/Kenyataan-Media-SUA-16-Mac.pdf”]


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.