GAMBAR yang tular di media sosial adalah perjumpaan oleh Presiden parti-parti politik untuk mencadangkan agar Tun Mahathir Mohamad mewujudkan Kerajaan Perpaduan tanpa Dap.
Itulah titik persamaan persetujuan bagi memulakan perbincangan. Namun sokongan ditarik balik.
Presiden Parti yang hadir membawa Akaun Bersumpah (SD) dan bukannya dokumen mahkamah seperti ditulis beberapa orang.
Saya hadir membawa mandat ahli dan pimpinan UMNO, tidak lebih daripada itu.
Hanya mereka yang tidak mahu berfikir akan percaya fitnah-fitnah itu. Adakah dalam perjumpaan seramai itu akan dibincang hal peribadi sedangkan isu utama adalah mengenai perubahan kerajaan?
Baru sahaja kita berpuasa sebulan tapi fitnah sudah menguasai kembali.
Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO