Ketua Menteri Seharusnya Dari UMNO, Tapi Hormati Keputusan GRS

1. Sejak dari awal saya tegaskan bahawa jawatan Ketua Menteri Sabah seharusnya diserahkan kepada UMNO sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar dalam Gabungan Rakyat Sabah (UMNO 14, PPBM 11, STAR 6, PBS 7).

2. Saya dimaklumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, YB Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat di kalangan ADUN-ADUN GRS yang menang, akhirnya bersepakat untuk mencalonkan Datuk Hajiji Bin Noor, demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan setelah diabaikan Kerajaan Warisan sebelum ini.

3. Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telahpun dipersetujui bersama.

4. Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Akujanji GRS.

AHMAD ZAHID HAMIDI
28 SEPTEMBER 2020

[gview file=”https://umno.org.my/wp-content/uploads/2020/09/BARISAN-NASIONAL-MALAYSIA-2.pdf”]