Mengamati kenyataan Presiden UMNO, empat poin utama yang dapat dirumuskan:
1. Tindakan UMNO tidak akan membelakangi malah sebalikya menjunjung titah SPB Yang di-Pertuan Agong.
2. Menyedari senario darurat dan kuasa luas yang diperuntukkan, UMNO berharap ianya digunakan hanya untuk pengurusan Covid-19 sahaja.
3. Memandangkan rasional permohonan darurat itu adalah untuk soal pengurusan pandemik, maka UMNO juga berharap negara boleh kembali ke sistem demokrasi seperti sediakala setelah matlamat pengisytiharan darurat itu tercapai.
4. Dalam masa sama, cabaran ekonomi yang sedang dihadapi rakyat mesti ditangani dengan lebih baik oleh pihak Kerajaan.
Shahril Hamdan
Ketua Penerangan UMNO