Ikuti Jelajah #SYT Edisi Kedua: Jaminan Pendapatan Kehidupan

#SYT Edisi Kedua: Pendapatan Kehidupan Wajar

Kerajaan telah menetapkan gaji minimum RM1,200 tetapi belum memadai untuk membantu rakyat, lebih-lebih lagi ketika ekonomi yang semakin mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tambahan lagi, bukankah harus ada lebih banyak aspek yang perlu dipertimbang seperti status individu (bujang, berkahwin, berkahwin dengan anak-anak) dan lain-lain?

Ikuti jelajah #SambungYangTergendala minggu ini untuk perbincangan Jaminan Pendapatan Kehidupan.

Apakah mekanismenya? Berapa kosnya kepada kerajaan? Adakah negara lain yang pernah buat dasar seperti ini?

Jemput bersama sesi Zoom (peserta) dan Facebook Live (penonton) pada Sabtu ini, bermula jam 8.00 malam. Bagi yang di sekitar Kuala Lumpur, dialu-alukan hadir – kita bincang, kita kupas, kita bahas sama-sama di Dewan Tun Dr Ismail, WTC.

Link pendaftaran: (klik di sini)

Demi masa depan kita, #SambungYangTergendala

SHAHRIL HAMDAN
Ketua Penerangan UMNO