KUALA LUMPUR, 16 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil serius berkaitan harga barang dan jangan biarkan pembeli terbeban dengan kenaikan harga yang terkawal.
Katanya, kerajaan perlu bertindak segera, lagipun ekonomi rakyat ketika ini amat menekan.
“Kita harus sedar situasi semasa memperlihatkan ekonomi negara tidak begitu baik dengan kadar pengangguran tinggi.
“Rakyat kekurangan wang dan mereka wajar dibantu. Saya berharap isu daging ayam dapat ditangani cepat dan masalah ini tidaklah begitu serius seperti masalah politik,” katanya dalam hantaran melalui laman facebooknya, hari ini.
Beliau berkata demikian berikutan semalam kecoh apabila harga daging ayam dikatakan bakal meningkat sehingga RM10 sekilogram malah apa yang mengejutkan adalah kenaikan itu berlaku lima kali dalam tempoh dua minggu.
Menurut laporan terbabit, sebelum ini daging ayam dijual pada harga RM7 lalu meningkat sedikit demi sedikit iaitu RM8, RM8.50 dan RM9 sekilogram sejak Jumaat lalu.
“Jangkaan mengatakan harga itu akan dinaikkan RM9.50 pada hari ini dan jangkaan seterusnya adalah RM10. Apa yang mahu terjadi lagi selepas ini? Jika harga terus dinaikkan bagaimana persiapan masyarakat untuk meraikan Lebaran pada bulan hadapan?”
Sebelum itu, pada 8 Mac lalu Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga ada menyuarakan kebimbangan berkaitan harga daging lembu dijangka meningkat sehingga RM45 sekilogram dan mohon riki-riki sama, jangan culas. – UMNO Online