KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengajak rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan dengan jiwa yang kental ketika negara masih berdepan dengan suasana cabaran pandemik COVID-19 yang masih mencengkam kehidupan.
Jelas beliau, ini kerana rakyat mewarisi sebagai sebuah Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
“Mari bersama teguh bersama memacu keluhuran, kedaulatan dan kemakmuran negara bangsa tercinta di bumi bertuah ini.
“Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Semoga pada akhirnya negara akan bebas dan merdeka daripada pandemik yang membungkam diri kita. Merdeka! Merdeka! Merdeka!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Tahun ini Malaysia Prihatin sekali lagi dikekalkan sebagai tema Hari Kebangsaan 2021, ianya tetap disambut dengan semangat patriotisme meskipun secara sederhana mengikut persekitaran norma baharu akibat penularan pandemik COVID-19. – UMNO ONLINE