KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad berharap agar anggota UMNO akan memanfaatkan persidangan UMNO Cawangan yang bermula hari ini ini dengan pemikiran terbuka dan matang agar dapat mencari solusi dan idea baharu yang membolehkan untuk terus kekal maju ke hadapan dan lebih cemerlang demi masa hadapan Parti dan Negara.
“Selamat bersidang kepada semua UMNO cawangan-cawangan, Wanita serta sayap-sayap seluruh negara.
“Bersama kita melebarkan peranan wanita yang menjadi kekuatan perjuangan parti. Saya yakin, bahawa wanita akan terus menjadi wadah perjuangan parti, menjadi tulang belakang kepada kebangkitan dalam pilihan raya akan datang,” katanya yang juga Menteri Pengajian Tinggi dalam kenyataan berkaitan hal terbabit menerusi media soasilnya.
Dalam masa yang sama, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong turut berpesan agar SOP terus dipatuhi.
“Selamat bersidang dan pastikan terus jaga SOP dan amalan norma baharu dalam usaha kita putuskan rantaian COVID-19,” katanya lagi.
Dilaporkan, Majlis Kerja Tertinggi UMNO menetapkan Persidangan UMNO Cawangan berlangsung bermula 15 Oktober hingga 30 November 2021 yang akan diadakan di 191 Bahagian. – UMNO Online