Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO ke-76.
76 tahun berkhidmat demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
UMNO perlu terus gagah dan perkasa di dalam perjuangan untuk terus memberi keyakinan dan memperolehi kepercayaan rakyat Malaysia.
UMNO sebagai parti politik terlama tanah air sudah melalui proses kematangan, 4 tahun kebelakangan telah memberi ruang kepada kita untuk transformasi parti serta kenal siapa kawan, siapa lawan, siapa pejuang sejati dan siapa dalang menumpang perjuangan.
Kepada pejuang-pejuang parti, sentiasa kekal bermuhasabah dan terus merapatkan barisan kita bagi menghadapi segala cabaran di depan.
Semoga kita terus menjadi benteng hadapan negara disamping memacu perjuangan parti demi membawa Malaysia maju ke depan.
Ayuh Malaysia, bersama UMNO kita #SambungYangTergendala.
Shahril Hamdan
Ketua Penerangan UMNO Malaysia