UMNO Wadah Perjuangan

UMNO sebuah wadah perjuangan.

Ya, UMNO tidak sempurna kerana pendokongnya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan.

Namun kekalahan yang ditakdirkan adalah suatu hikmah dan tajribah buat UMNO menyedari betapa kuasa adalah amanah besar ummah yang tidak boleh dipersiakan.

Amanah yang tidak boleh dicabuli dengan kerakusan nafsu kuasa, kecelaruan akal budi dan ketamakan haloba kebendaan.

Amanah yang perlu dipelihara dengan penuh keinsafan dan kegerunan bahawa kelak bakal diperhitungkan.

Kini, di bahu generasi pelapis dan pewaris muda UMNO tergalas tanggungjawab untuk #BangkitKembali dengan idealisme dan roh perjuangan sejati.

Kembali kepada akar perjuangan berteraskan suluhan Ilahi dan agenda memartabatkan bangsa dan tanahair.

Selamat Menyambut UlangTahun UMNO yang ke-76.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

#BangkitKembali
#PemudaTerasKebangkitan

Nukilan dari bumi Riyadh pukul 5.15 pagi.