KUALA LUMPUR, 26 Jun – Pelbagai spekulasi yang keluar berkaitan UMNO adalah tidak benar sama sekali dan hanya sekadar untuk memecahbelahkan kesepakatan di dalan parti berkenaan.
Bendahari UMNO yang juga Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebarang keputusan akan keluar secara rasmi menerusi saluran yanb sepatutnya.
“Malam tadi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Alhamdulillah berjalan lancar dan penuh dengan tertib. Organisasi parti memang jadi keutamaan, semuanya baik-baik saja.
“Tak benar spekulasi macam-macam yang bertebaran di luar. Apa-apa keputusan hanya akan keluar secara rasmi dan janganlah percaya pada manipulasi pihak tertentu yang sengaja nak pecah-belahkan kesepakatan dalam UMNO.” katanya dalam catatan menerusi Facebook beliau, di sini hari ini.
Tengku Adnan seterusnya mengingatkan bagaimana budaya fitnah dan sebagainya lagi menyebabkan parti tumbang.
“Ingatlah dahulu kita tumbang kerana fitnah dan macam-macam spekulasi yang bertebaran,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau turut mengucapkan tahniah kelada Isham Jalil yang dilantik sebagai anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNo.- UMNO Online
Salam tahniah juga kepada Isham Jalil yang mengangkat sumpah selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dilantik. – UMNO Online