KUALA LUMPUR. 31 Julai- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan Tan Sri Muhyidin agar jangan selektif dalam berjanji.
Baginya yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, usah pilih-pilih dalil yang hanya memenuhi kepentingan diri.
“Janji kepada rakyat dahulu macam mana? Itu wajib bahkan lebih utama untuk ditunaikan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Kata beliau lagi, waktu bersama dengan PH dahulu, macam-macam janji dalam manifesto.
“Cuba ingat balik dan senaraikan janji-janji Manifesto dahulu yang tidak ditunaikan….
“Akhirnya janji dicapatikan. Manifesto bukan Kitab Suci. Jangan selektif dalam berjanji. Usah pilih-pilih dalil yang hanya memenuhi kepentingan diri,” ujarnya. – UMNO Online