KUALA LUMPUR, 7 Ogos – UMNO/Barisan Nasional (BN) jelas mempunyai idea serta rekod prestasi yang kukuh dalam membina negara, kata Ketua Penerangan UMNO merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.
Jelasnya, masalah di pihak Pakatan Harapan (PH) adalah mereka sentiasa menyerang BN dengan mempertikaikan kredibiliti serta perancangan yang baik untuk membangunkan negara.
“Dalam menguruskan ekonomi, jelas sekali anda perlu mempunyai rancangan tentang cara anda memastikan kebocorannya berada pada minimum serta mempunyai rancangan tentang apa yang anda bakal lakukan.
“Masalah di pihak anda (PH), terutamanya walaupun saya tahu sekarang anda menyertai kami dalam menyerang PH, tetapi anda juga dalam pakatan tersebut. Anda berkuasa dalam PH, anda datang menjadi seseorang atau orang baru kerana PH.
“Dan isu di sini ialah orang seperti anda akan sentiasa memikirkan tentang ikon BN, menyerang segala rancangan mereka serta kredibiliti mereka. Anda hanya menyerang perkara di sekitar kebocoran, perkara khusus mengenai rasuah dan saya harap orang ramai berfikir bahawa ‘itu sudah cukup’. Namun, saya rasa itu tidak mencukupi,” katanya semasa forum ‘Nusa Anak Muda: Sirens Of Change’ ketika menjawab soalan daripada Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fayshal, semalam.
Beliau berkata, apabila memikirkan perancangan ekonomi, mereka perlu memahami mengenai perbelanjaan yang dikeluarkan.
“Saya fikir apabila anda mahu menjalankan ekonomi negara, dan anda mahu orang ramai mengundi anda, anda perlu memahami perkara yang akan anda belanjakan. Saya rasa BN mempunyai perancangan dan idea, mempunyai rekod prestasi yang kukuh. Kita pergi ke pilihan raya dengan rancangan yang jelas bahawa kita mahu membangunkan negara ini.
Kami tidak akan hanya mengatakan kami akan meningkatkan peluang pekerjaan tetapi selepas itu, penyelesaian kami ialah ‘gojek’. Kami tidak akan hanya mengatakan bahawa kami akan meningkatkan ketidaksamaan, tetapi kami potong pemberian tunai. Kami tidak akan kata kami akan naikkan gaji bermaruah, selepas itu kami beri RM50 gaji minimum tambahan.
“Itu saya rasa masalah dalam PH dan sebab itu saya rasa BN bila tiba pilihan raya tetap akan menang kerana rakyat lebih mempercayai kita,” katanya.
Debat tiga penjuru ini turut menampilkan Kevin Yee, Pemuda PH dan Wan Ahmad Fayshal, Ketua Pemuda PPBM bagi membincangkan hala tuju Malaysia pada masa yang akan datang. – UMNO Online