KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan percaya sama ada Perikatan Nasional (PN) bergabung atau tidak dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, ianya bukanlah persoalan yang besar.
Ini kerana bagi beliau yang juga Ketua Puteri BN, PN adalah serpihan daripada PH dan sudah pasti sama ada bergabung atau sebaliknya, BN akan menentang mereka habis-habisan pada pilihan raya umum nanti.
“PN adalah serpihan PH. Yang berjaya tubuh kerajaan hasil penipuan dan harapan palsu pada rakyat ketika PRU 14 lepas. Kali ni tak mustahil mereka akan bergabung semula dan ulang skrip penipuan sama,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Zahida seterusnya menambah apakah mereka fikir rakyat tidak melihat kepada apa yang berlaku dan sduah pasti masyarakat di luar sana tidak mahu mengulangi episod lama.
“Adakah mereka fikir rakyat bodoh? Adakah mereka fikir rakyat akan relakan dipatuk ular yang sama dari lubang yang sama? PH atau PN, bergabung atau tidak, kita tetap akan lawan mereka habis habisan,” tegasnya.
Memetik laporan, dilaporkan Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin berkata gesaan supaya pembangkang membuka pintu rundingan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dianggap rasional jika mahu memastikan BN tidak lagi memerintah selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15). – UMNO Online