KUALA LUMPUR, 8 Okt – Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negara.
Katanya, perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara merupakan perjuangan utama.
“Jadikan persidangan ini sebagai medan untuk kita memperkuatkan lagi parti keramat ini.
“Sesungguhnya UMNO adalah harapan bangsa yang sentiasa menabur khidmat dan bakti kepada seluruh Keluarga Malaysia. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati perjuangan dan usaha kita semua,” katanya melalui hantaran pendek dalam laman Facebooknya, hari ini.
Terdahulu pelaksanaan mesyuarat Cawangan UMNO telah diadakan bermula 15 Ogos hingga 18 September diikuti persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 7, 8 dan 9 Okt sementara persidangan peringkat bahagian pula pada 14, 15 dan 16 Okt depan. – UMNO Online