KUALA LUMPUR, 21 Okt – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan hari ini menafikan berkenaan dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertanding mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau menegaskan tidak menerima sebarang kenyataan sebegitu daripada Ahmad Zahid, malah menyifatkan ianya sebagai propaganda politik.
“Saya tidak pernah dengar dan tiada kenyataan rasmi dari Presiden UMNO, saya anggap hanya propaganda politik,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak akan mempertahankan kerusi tersebut pada PRU15 dan akan diganti oleh anaknya, Datuk Nurulhidayah dan pegawai terdekat. – UMNO Online