KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata malang sungguh nasib pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kerana mengimpikan satu ‘harapan baharu’ untuk Malaysia tetapi sebaliknya berlaku apabila yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH) tidak seperti mana yang dijanjikan.
Katanya, segala yang dijaja sepanjang kempen PRU14 adalah jelas untuk mendapatkan undi semata-mata dan bukannya berpaksikan kepada realiti yang sebenarnya.
“Dalam kempen mereka sebut ‘Malaysia Baharu’ kononnya akan jadi lebih baik daripada Barisan Nasional (BN). Ya… diakui kami punya kelemahan, kami tidak sempurna, namun memilih PH pada waktu itu bukannya satu keputusan yang betul dan katanya manis-manis sahaja, ibarat dapat barang yang baharu.
“Hakikatnya segalanya haru, dalam 100 hari basah hancing rakyat jadi mangsa penipu. PH jual satu persatu aset negara, bermula dengan IHH Healthcare Berhad dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd kurang daripada enam bulan di Putrajaya.
“Kemudian saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018, Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019 dan terus dengan siri penjualan aset-aset strategik negara termasuk aset Tabung Haji,” katanya menerusi satu hawidth=”320″ height=”320″ />ntaran di Facebook.
“Apa motif mereka untuk menjayakan propaganda mereka kerajaan sudah bankrap, dan terpaksa jual aset untuk tampung kewangan. Apakah untuk menghapuskan legasi pencapaian BN membina negara.
“Hasil jualan itu mereka akan isytihar sebagai pendapatan dan kejayaan mengurangkan hutang yang kononnya diwarisi daripada BN. Akhirnya siapa untung, siapa rugi?
“Menteri-menteri PH untung selesa goyang kaki di Putrajaya, rakyat menanggung kesan buruk yang masih belum pulih. Kali ini adik-adik semua tetapkan pendirian, pilih parti yang terbukti mampu bawa kestabilan dan beri khidmat terbaik pada rakyat… jangan salah pangkah lagi,” tegasnya. – UMNO Online