KETUA Penerangan, Isham Jalil menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Umno akan meminda perlembagaannya bagi mengelak jawatan presiden dan timbalan presidennya dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini.
Beliau berkata, dakwaan itu tidak benar dan sengaja disebarkan oleh pihak yang mahu memecahbelahkan Umno dengan mengelirukan ahlinya.
“Semua ahli layak bertanding apa sahaja jawatan. Jadi, dakwaan kita nak pinda perlembagaan untuk memastikan presiden dan timbalan presiden sekarang kekal, adalah dusta semata-mata,” katanya.