NAIB Ketua Wanita, Norliza Rahim menyeru semua ahli Umno agar memelihara kepentingan parti dalam apa jua keadaan.
Katanya, hanya Umno yang mampu memperjuangkan nasib masa depan negara dan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.
“Umno masih relevan walaupun hanya menang 30 kerusi (bersama BN) pada PRU 15 yang lalu.
“Marilah kita sama-sama memperkukuhkannya semula,” katanya di lama Facebook.