PEMUDA Umno mendesak agar parti itu dibersihkan daripada pengkhianat dan anasir buruk dalaman.
Ketuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata selagi mereka tidak dinyahkan, selagi itulah parti akan terus berkecamuk dan tidak tenteram.
“Tak dapat dibayangkan bagaimana seseorang pemimpin yang mengakut kekayaan sejak bertahun-tahun berada dalam parti, sanggup berbuat demikian,” katanya dalam ucapan dasar persidang sayap Pemuda di World Trade Center, hari ini.
Asyraf berkata, ada juga calon yang memburuk-burukkan presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi serta mencerca parti pada kempen pilihanraya umum yang lalu.