MANA-mana pemimpin parti yang ingin bertanding merebut salah satu jawatan ‘Top 5’ perlu mengumumkannya segera ketika berlangsungnya Persidangan Agung Umno di World Trade Centre sekarang.
Ketua Penerangan, Isham Jalil berpendapat mereka tidak seharuskan membuat pengumuman di saat akhir pemilihan peringkat parti.
Isham, yang juga anggota Majlis Kerja Tertinggi berkata PAU yang berlangsung sekarang adalah medan terbaik bagi menyatakan hasrat itu.
“Biarlah semua ahli tahu yang kita nak tandingi sama ada jawatan presiden, timbalan presiden atau salah satu daripada tiga naib presiden. Tak perlulah main sorok-sorok.”