PAU hari ini meluluskan sebulat suara pindaan perlembagaannya bagi melucutkan keahlian secara automatik mana-mana ahli yang melompat ke parti lain.
Pindaan itu dibuat sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai Akta Anti Lompat Parti (Pindaan (no.3) 2022 (Akta A1663)) yang diluluskan pada Oktober tahun lalu.
Perkara 20.11 perlembagan parti itu mendapayt sokongan penuh perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka.
Satu lagi pindaan ialah di bawah Perkara 8.4 yang meluluskan ketua penerangan tiga sayap peringkat bahagian sebagai perwakilan tetap ke perhimpunan agung.