BEKAS Menteri Besar Johor, Hasni Mohammed merasakan dibuli oleh kepemimpinan Umno walaupun dia sudah berbuat yang terbaik untuk negeri itu.
Sambil tidak menyebut apa haluan politiknya selepas ini, Hasni berkata beliau hanya ingin melihat parti itu terus dominan di Johor walaupun dilucutkan jawatan sebagai pengerusi perhubungan negeri itu.
Katanya, pertama kali dia dibuli ialah ketika PRN Johor.
“Ketika itu, saya menjadi ‘poster boy’ Barisan Nasional yang dijanjikan jawatan menteri besar jika BN menang besar.
“Hari ini, selepas menyokong usul agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan, saya dituduh melanggar parti. Saya tak dapat terima semua ini,” katanya, yang tidak berada dalam mesyuarat MKT Jumaat lalu ketika pemecatan dan penggantungan ahli diputuskan.