JAWATANKUASA Pemilihan UMNO (JPU) mengingatkan mereka yang bakal bertanding pada pemilihan Umno untuk mengamalkan corak kempen yang sihat sebagai menjaga keharmonian parti.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata calon juga dinasihatkan meneliti peraturan pemilihan yang termaktub dalam Perlembagaan parti.
“Majlis Kerja Tertinggi memutuskan bahawa tempoh berkempen ialah pada 1 Februari 2023 sehingga 19 Mac 2023. Saya harap semua calon di pelbagai peringkat meneliti segala peraturan dan tata etika parti.”