SETIAUSAHA Pemuda, Datuk Hasmuni Hassan menyatakan pendirian akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan yang akan berlangsung 11 Mac ini.
Jelasnya, tujuan utama beliau bertanding adalah memastikan golongan muda kembali dan yakin dengan perjuangan parti.
“Fokus utama adalah untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 dan memastikan sokongan anak muda kembali pada Umno/Barisan Nasional (BN).
“Saya menampilkan wakil-wakil calon yang berumur 40 tahun ke bawah termasuk bakal exco Pemuda yang menawarkan diri dan kebanyakannya adalah berumur 20 hingga 30 tahun,” katanya di satu sidang media di Kuala Lumpur, semalam.