MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi malam tadi melantik Tengku Zafrul Tengku Aziz sebagai ahli yang baru.
Pada masa yang sama, ia turut menarik balik pemecatan terhadap Lokman Adam. Dengan itu, Lokman menjadi ahli MKT semula.
Sebelum mesyuarat berlangsung, banyak media meramalkan bahawa Umno akan memecat atau menggantung beberapa lagi ahli. Ternyata ia meleset.
Mesyuarat hanya menumpukan kepada pematuhan etika bagi calon yang bertanding pada pemilihan parti bulan depan.